13 - Point Manifesto

1 - Menegak dan Memperkasa hak-hak asasi rakyat dan negeri Sabah.

May 12, 2018
Not started
Jul 2018

Menegak dan Memperkasa hak-hak asasi rakyat dan negeri Sabah

July 12, 2018

Melindungi kebebasan beragama, kebebasan mengamalkan bahasa ibunda dan memberi bantuan yang saksama kepada institusi berkaitan dengannya, sebagaimana yang terkandung dalam akta dan perlembagaan Negeri Sabah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Menuntut hak-hak dari Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963. Merundingkan kerjasama ‘win-win’ kepada jabatan dan agensi-agensi yang bertindih antara kuasa kerajaan persekutuan dan kuasa-kuasa kerajaan Negeri Sabah. Menggesa kuasa-kuasa persekutuan tidak membelakangi agensi yang sama yang sedia ada di bawah kuasa kerajaan Negeri Sabah. Mengkaji peranan Petronas agar hasil petroleum dan gas dari bumi Sabah dikembalikan kepada rakyat Sabah secara adil dan saksama dengan menuntut memberikan pemulangan royalti hasil minyak Sabah dari 5% yang dilaksanakan sejak 1976 kepada sekurang-kurangnya 20%. Mengkaji peranan FELDA di Sabah supaya tujuan asal menempatkan peneroka-peneroka tanah rakyat direalisasikan mengikut perjanjian semasa Kerajaan Negeri yang membenarkan FELDA mendapatkan tanah di Negeri Sabah sebanyak 500,000 ekar, agar dapat menempatkan 40,000 peneroka rakyat Sabah yang kini telah mengusahakan hanya 25,000 ekar yang mampu menempatkan 1,297 peneroka. Mendesak Kerajaan Persekutuan membatalkan Dasar KABOTAJ yang mewajibkan eksport dan import perdagangan hanya melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan-pelabuhan yang sedia ada di Sabah hendaklah dibenarkan menjalankan eksport-import barangan dari luar dan ke dalam Sabah